KURSUS DALAMAN GURU SIRI 1 (19hb – 20hb Disember 2017)

Pada 19hb – 20hb Disember 2017, bertempat di Perpustakaan, Masjid Bandar Seri Alam, pihak Majlis Guru Pasti Kawasan (MGPK) telah mengadakan Kursus Dalaman Guru Siri 1. Ini merupakan aktiviti berkala buat guru-guru yang dijalankan di peringkat Pasti Kawasan.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi persediaan kepada guru-guru baik yang lama mahupun baru, sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun 2018. Pelbagai perkongsian dan aktiviti yang telah dijalankan merangkumi aspek pengajaran & pembelajaran disamping perkongsian daripada pihak pengurusan Pasti Al-Kauthar Kawasan Pasir Gudang.

Aktiviti fizikal juga dijalankan seperti senaman pagi, memanah, aktiviti berkumpulan dan pelbagai lagi bagi membentuk guru-guru yang mahir bukan sahaja secara teori bahkan secara amali juga.

Majlis penutup Kursus Dalaman Guru Siri 1 telah disempurnakan oleh Puan Sutinah, Pengerusi Majlis Guru Pasti Negeri Johor (MGPNJ). Turut hadir sewaktu majlis tersebut adalah wakil-wakil dari pihak pengurusan Pasti Al-Kauthar Kawasan Pasir Gudang.

Semoga apa yang dipelajari sepanjang kursus selama dua hari ini, dapat membentuk guru yang mahir dari segala aspek bagi menjadi tenaga pengajar murid-murid Pasti seterusnya menjadi pelapis negara mengikut acuan Islam di masa hadapan.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website