4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Acuan ISLAM

Kita semua ingin melahirkan dan membesarkan anak-anak supaya menjadi insan yang berguna. Perkara utama yang kita semua setuju adalah, agama memainkan peranan yang utama dalam membentuk anak-anak menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Maka, bagaimanakah kita mendidik anak-anak mengikut acuan agama ISLAM?

4 tahap telah digariskan dalam membentuk generasi masa depan iaitu;

–> TAHAP 1 (0-6 tahun) : Cara Rasulullah SAW, 1. Menyayangi, 2. Bersikap Adil, 3. Tidak merotan

–> TAHAP 2 (7-14 tahun) : Menanam nilai disiplin & tanggungjawab

–> TAHAP 3 (15-21 tahun) : Menjadi kawan kepada anak-anak

–> TAHAP 4 (21 tahun keatas) : 1. Beri kepercayaan dalam membuat keputusan, 2. Pantau, nasihat & iring doa diatas keputusan yang mereka lakukan.

Ibubapa memainkan peranan yang sangat penting dalam melaksanakan keempat-empat tahap ini. Ibubapa seharusnya tidak hanya menyerahkan tugas ini kepada guru-guru sekolah, namun seharusnya mendahului & bersama mereka (guru-guru) dalam membentuk generasi masa depan yang lebih baik.

Pemimpin masa depan lahir daripada anak-anak kecil masa kini.

Diluar sana terdapat pelbagai buku-buku dan seminar tentang keibubapaan berlandaskan ISLAM. Ibubapa digalakkan membaca & menyertai bagi menambah lagi ilmu tentang kekeluargaan dalam ISLAM.

Sekian.

MESYUARAT JEMAAH IBU BAPA DAN GURU (JIBG) 2018

MESYUARAT JEMAAH IBUBAPA DAN GURU (JIBG) 2018

Alhamdulillah. Pada 25, 26 & 27 Januari 2018, 2 & 3 Febuari 2018 telah berlangsungnya mesyuarat penubuhan Jemaah IbuBapa dan Guru (JIBG) bagi sesi persekolahan 2018. Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada semua ibubapa/penjaga yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat yang diadakan.

Jemaah IbuBapa dan Guru (JIBG) merupakan sebuah badan yang berfungsi untuk membangunkan lagi PASTI. Sepertimana konsep Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah rendah dan menengah, JIBG memainkan peranan yang sama. JIBG ditugaskan untuk membantu PASTI dari segi meningkatkan kebersihan, keselamatan dan keceriaan di PASTI-PASTI sekitar Pasir Gudang ini.

Melalui JIBG, ibubapa bukan sahaja dapat menyumbang kearah pembangunan PASTI, namun dapat menjadi ejen untuk mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti di PASTI untuk melahirkan generasi bertaqwa selaras dengan visi PASTI itu sendiri. 

Semoga JIBG dapat terus dijalankan tahun demi tahun dan kita dapat melihat kemajuan dan peningkatan di setiap PASTI yang ada di Pasir Gudang ini. Pihak pengurusan PASTI AL-Kauthar Kawasan Pasir Gudang mengalu-alukan kedatangan AJK-AJK yang baru dilantik untuk seiring bekerjasama dalam meningkatkan kemudahan di PASTI. Pihak pengurusan juga akan mengeluarkan senarai AJK-AJK JIBG tahun 2018 bagi memudahkan para ibubapa untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang JIBG dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Dibawah adalah beberapa gambar yang sempat diambil sewaktu mesyuarat JIBG di jalankan di sekitar PASTI-PASTI Al-Kauthar Kawasan Pasir Gudang ;

 

KURSUS DALAMAN GURU SIRI 1 (19hb – 20hb Disember 2017)

Pada 19hb – 20hb Disember 2017, bertempat di Perpustakaan, Masjid Bandar Seri Alam, pihak Majlis Guru Pasti Kawasan (MGPK) telah mengadakan Kursus Dalaman Guru Siri 1. Ini merupakan aktiviti berkala buat guru-guru yang dijalankan di peringkat Pasti Kawasan.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi persediaan kepada guru-guru baik yang lama mahupun baru, sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun 2018. Pelbagai perkongsian dan aktiviti yang telah dijalankan merangkumi aspek pengajaran & pembelajaran disamping perkongsian daripada pihak pengurusan Pasti Al-Kauthar Kawasan Pasir Gudang.

Aktiviti fizikal juga dijalankan seperti senaman pagi, memanah, aktiviti berkumpulan dan pelbagai lagi bagi membentuk guru-guru yang mahir bukan sahaja secara teori bahkan secara amali juga.

Majlis penutup Kursus Dalaman Guru Siri 1 telah disempurnakan oleh Puan Sutinah, Pengerusi Majlis Guru Pasti Negeri Johor (MGPNJ). Turut hadir sewaktu majlis tersebut adalah wakil-wakil dari pihak pengurusan Pasti Al-Kauthar Kawasan Pasir Gudang.

Semoga apa yang dipelajari sepanjang kursus selama dua hari ini, dapat membentuk guru yang mahir dari segala aspek bagi menjadi tenaga pengajar murid-murid Pasti seterusnya menjadi pelapis negara mengikut acuan Islam di masa hadapan.